Kenapa Susu Lembu?

kami suka minum susu lembu ... ahh! apa ada pada nama... nama tak penting! yang penting apakah yang mampu dilakukan dan misi yang telah dilaksanakan atau sedang dalam perancangan... kami masih baru dalam arena gerek atau beskal gunung.. kami ada banyak perancangan dalam aktiviti ini.. KALAU BERANI... DATANGGG!!!

Rabu, 2 November 2011

Kayuhan Kuale 2011

29 oktober... bertolak ke Kuala Kangsar.. pengambilan goodies... lepas ambil goodies kami ke tempat penginapan... di Sg Siput

 Lepas Dinner.. kami ke Gerbang Malam Ipoh

 Ada yang niat tu cuma nak tengok2 saja... jalan2

 ada juga yang beli spek, mainan anak2, ... ahaa.. dah jadi aktiviti shopping la pulak...
dah dah esok nak kayuh... jom balik tidur kat Sg Siput

 Pagi 30 okt.. sarapan biskut dan roti canai kat rumah adik... oppss.. tuan rumah masih berunifom tidur rupanya...

 agak lewat juga sampai di KK... tapi kami cool saja... pasang beskal .. ada yang pegi bank lagi tu...

 memang tak start lagi pun... tu la jangan kalut sangat

 mak aii... ada second flag off pulak... haru biru starting kuale kali ni... jgn dibuat lagi rupe ini yob ooiii...

 sempat jumpa member lama.. dari Cleats Cycling Team... ahaa

 dah dah... jom kita kayuh la...

 Yeayyy aku sampai duluuuu... kah kahh kahhh


 perghh... ranking 5-600 ni...

 ahah.. power pak ngah ni...

 terus baik demam daaa... keceriaan .. itu yang kita mahu lihat.. hahahahaa

 seronoknyaa nampak ramai adik beradik bersorak sorai! thanks all

back packing...

 malam pengambilan goodies

 mak ooii.. ramainya riders... meriahh... mtb=mari tolak basikal... jom jom

 selepas harung bukit bukau... jumpa pulak kedai runcit...

 apa lagi... kita minum duluuu

 naik bukit turun bukit... letihh la tolak beskal.. bila nak boleh ride ni...

 lepak dulu ...

 tolak lagi... spek beli kat gerbang malam la tuu...


kan dah kata... tolak lagi.... hu hu huuu... walaupun penganjur kurang berjaya dalam melayan keperluan riders kali ni... tapi layan trek kat Kuale ni memang seronok...

Sabtu, 24 September 2011

RIDE FOR SIGHT : KAYUH UNTUK MELIHAT?

Ride For Sight... Kayuhan amal untuk mendapatkan dana persatuan orang-orang cacat penglihatan Pulau Pinang... barakah! Alhamdulillah Pak Ngah Rin dapat pulak cabutan bertuah sebuah beskal Polygon 2.0.. 21speed... kayuhan bermula jam 8 pagi... tapi akibat tersesat jalan... kami tiba di Pusat Sukan Balik Pulau 30 minit lewat... tapi semangat nak kayuh untuk amal ni... jadi kami kayuh juga biarpun dah ada peloton awal yang telah pun sampai di pintu pagar permulaan tu... dipertengahan jalan pihak marshall menyarankan kami agar berpatah balik tapi kami bertekad untuk meneruskan kayuhan sehingga BTN Balik Pulau.... bukannya jauhpun lebih kurang 18 km saja.. hahahaa....

 Baru sampai...

Bincang nak pi ka tak pi...

 mana leh tak pi...

 jom jom kayuhhhh...

 naik naik ke gunung nona... kusyu kusyu meluluuu

 kayuh santai....

 Dah sampai penghujung jalan...









Sabtu, 20 Ogos 2011

Kayuhan Merdeka (Sg Kechik)

Sg Kechil, 19 Ogos 2011, 5.30 petang, seramai 6 orang ahli Kelab Susu Lembu ditugaskan untuk mengiringi kayuhan merdeka anjuran Kelab 1 Malaysia Sg Kechil. Kayuhan bermula dari Masjid Sungai Kechil melalui jalan-jalan kampung mengelilingi pekan dan kampung di Sg Kechil dan berakhir di Masjid Sg Kechil semula. Taklimat keselamatan kepada peserta-peserta kayuhan telah disampaikan oleh Tok Wan.


Pak Su Piduih sebagai ketua marshall mengetuai kayuhan.


 Peserta peserta kayuhan diberi taklimat dan membuat persediaan untuk kayuhan

 Peserta bergambar sebelum kayuhan di mulakan


Konvoi sedang beraksi di jalan hj sulaiman


 Konvoi berhenti sebentar untuk menunggu rakan yang terlambat akibat bendera tersangkut di celah tayar dan selipar yang tercabut.


 Konvoi menghampiri SK Sg Kechil sambail melaungkan "MERDEKA!.. MERDEKA!"

 Penulis bergambar setelah tiba di Masjid Sg Kechil

Konvoi berkumpul dan bergambar setelah tiba di garisan penamat... 

Ahli konvoi mengajak marshal pusing sekali lagi kerana kurang puas mengayuh,  tetapi permintaan tidak dapat dipenuhi kerana ustaz telahpun tiba untuk menyampaikan tazkirah MERDEKA dalam Islam. 

 antara marshall dari KSL yang membantu acara kayuhan hari ini, turut serta mendengar tazkirah


Setelah tazkirah, semua muslimin dan muslimat dijemput untuk berbuka bersama... makanan telah disediakan secara bergotong royong oleh penduduk Sg Kechil, terima kasih... kerabu dan rendang Tok ... superb!

Marshall mengarahkan peserta konvoi berada dalam satu barisan sepanjang perjalanan


Selepas berjemaah Maghrib, ahli KSL berlepas pulang, malangnya basikal Tok Ayah terpaksa ditarik dengan Motorsikal kerana tayarnya pancit. Walaubagaimanapun... Kayuhan Merdeka Sg Kechil tahun 2011... Berjaya!!