Sempena cuti Maulidurrasul kali ni, kami juga tak ketinggalan menganjurkan aktiviti...
Kami telah melaksanakan program Latihan Berkayuh ke Bukit Tebuan dan Bukit "Tok Non" sambil berselawat... Alhamdulillah seramai 6 orang ahli telah melibatkan diri... gambar2 di bukit tebuan tidak ada disini kerana telah selalu sangat berkunjung ke sana ... dah malas dah nak ambik gambar kat situ...
Perarakan Maulidur Rasul oleh Persatuan-persatuan Kg Sungai Kecil...
Ramai yang menjayakan program ini... Alhamdulillah
Sesi taklimat sebelum memulakan program "Berkayuh dan Berselawat"
HAri ini kami bermula agak lewat juga, kerana beberapa perkara teknikal dan masalah domestik ahli-ahli...
namun jam 10.30 pagi tayar telah bergolek... acara pertama ialah uphill dan downhill bukit tebuan...
acara ke dua ialah sprint dijalan hadapan Jirat Cina bukit Tebuan... acara ke 3 minum dan membeli bekalan di Sungai kechil... Acara ke 4 uphill di bukit "Tok Non"... hahaaa..
Boleh tahan juga bukit tok non ni... biarpun cuma 700m ... tetapi kecuramannya membuatkan roti sardin pagi tadi macam nak keluar balik... kebanyakan ahli terpaksa berhenti mengambil nafas sebanyak 4 kali... ada juga yang terbaring atas jalan tu untuk memulihkan tenaga...
setelah berhempas pulas... akhirnya kami tiba di Rumah Tok Non di atas bukit... rumah ni ibarat vacation house saja... kalau Tok Non balik Nibong Tebal baru dia balik ke sini...
Rin berehat sebentar di atas buaian di perkarangan rumah Tok Non
Perkarangan dan jeram dimana kami mandi untuk menyejukkan badan... malanya ada sejenis cacing2 kecil yg melekat di badan... ada yang termuntah akibat teringatkan cacing2 kecil tu .. hahahaaa
Piduih, Abg Pen, Wan dan Tok Ayah...
Bergaya dihadapan rumah Tok Non
Jurugambar rasmi hari ni.. Rin... setelah bergambar.. kami telah downhill pulang ke Club House... best sangat time downhill tu lajuuuuu... tapi agak merbahaya kerana jalannya konkrit...