Kenapa Susu Lembu?

kami suka minum susu lembu ... ahh! apa ada pada nama... nama tak penting! yang penting apakah yang mampu dilakukan dan misi yang telah dilaksanakan atau sedang dalam perancangan... kami masih baru dalam arena gerek atau beskal gunung.. kami ada banyak perancangan dalam aktiviti ini.. KALAU BERANI... DATANGGG!!!

Sabtu, 20 Ogos 2011

Kayuhan Merdeka (Sg Kechik)

Sg Kechil, 19 Ogos 2011, 5.30 petang, seramai 6 orang ahli Kelab Susu Lembu ditugaskan untuk mengiringi kayuhan merdeka anjuran Kelab 1 Malaysia Sg Kechil. Kayuhan bermula dari Masjid Sungai Kechil melalui jalan-jalan kampung mengelilingi pekan dan kampung di Sg Kechil dan berakhir di Masjid Sg Kechil semula. Taklimat keselamatan kepada peserta-peserta kayuhan telah disampaikan oleh Tok Wan.


Pak Su Piduih sebagai ketua marshall mengetuai kayuhan.


 Peserta peserta kayuhan diberi taklimat dan membuat persediaan untuk kayuhan

 Peserta bergambar sebelum kayuhan di mulakan


Konvoi sedang beraksi di jalan hj sulaiman


 Konvoi berhenti sebentar untuk menunggu rakan yang terlambat akibat bendera tersangkut di celah tayar dan selipar yang tercabut.


 Konvoi menghampiri SK Sg Kechil sambail melaungkan "MERDEKA!.. MERDEKA!"

 Penulis bergambar setelah tiba di Masjid Sg Kechil

Konvoi berkumpul dan bergambar setelah tiba di garisan penamat... 

Ahli konvoi mengajak marshal pusing sekali lagi kerana kurang puas mengayuh,  tetapi permintaan tidak dapat dipenuhi kerana ustaz telahpun tiba untuk menyampaikan tazkirah MERDEKA dalam Islam. 

 antara marshall dari KSL yang membantu acara kayuhan hari ini, turut serta mendengar tazkirah


Setelah tazkirah, semua muslimin dan muslimat dijemput untuk berbuka bersama... makanan telah disediakan secara bergotong royong oleh penduduk Sg Kechil, terima kasih... kerabu dan rendang Tok ... superb!

Marshall mengarahkan peserta konvoi berada dalam satu barisan sepanjang perjalanan


Selepas berjemaah Maghrib, ahli KSL berlepas pulang, malangnya basikal Tok Ayah terpaksa ditarik dengan Motorsikal kerana tayarnya pancit. Walaubagaimanapun... Kayuhan Merdeka Sg Kechil tahun 2011... Berjaya!!